KUNYIT mempunyai ‘tugas’ lebih daripada peranannya hanya di dapur. Menerusi beberapa kajian, kunyit telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan pada kulit. Tidak hairanlah jika krim-krim pengecut jerawat dihasilkan berasaskan kunyit. Secara tradisionalnya kunyit yang ditepekkan pada kulit wajah mampu mengecutkan jerawat. 


Bagaimana hendak cantik dengan kunyit?


1.Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri. Kunyit hidup yang ditumbuk boleh digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit  air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.

2. Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya mengisar kunyit hidup dengan air masak. Tapis dan campurkan dengan sedikit pes asam jawa dan gula melaka. Minum sekali sehari. Ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman serta menjadikan kulit cantik berseri.

3. Anda juga boleh mencuba skrub kunyit dengan mencampurkannya kunyit hidup yang dikisar kasar bersama tepung dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.


Post a Comment